Tugas sebagai guru di SK Methodist Tanjong Malim. Sekolah pertama di tempatkan selepas tamat kursus KPLI tahun 2003. Blog ini di bina bagi melatih diri dalam membina blog peribadi disamping dapat kongsi info bersama keluarga dan rakan.
Hari yang bersejarah bagi saya, setelah rancangan kami untuk berkumpul semula setelah 15 tahun berpisah terlaksana. Reunion ini pula dapat diadakan di rumah saya dan kebetulan pula cuti panjang persekolahan. Ada yang datang dari utara, selatan dan timur. Bermula pukul 2.00 pm hinggalah 12.00 am.
Disinilah bermulanya aktiviti-aktiviti yang seterusnya..Reunion di PD dan Jamuan Hari Raya. Aktiviti reunion 2010 dalam perancangan. Gembira dapat bertemu member-member engine yang sama-sama study giler dulu..
Muhyiddin umum 20 Sekolah Berprestasi Tinggi
1. Sekolah Tun Fatimah (STF), Johor Bahru 2. Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR), Seremban 3. Kolej Melayu Kuala Kangsar (KMKK), Perak 4. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya 5. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Kedah 6. Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Seremban 7. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang 8. Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis 9. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya 10. Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah , Melaka 11. Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya 12. Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur 13. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, Kedah 14. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St George, Pulau Pinang 15. Sekolah Kebangsaan Seri Bintang utara, Kuala Lumpur 16. Sekolah Kebangsaan Zainab (2) Kota Bharu, Kelantan 17. Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1, Kuala 18. Sekolah Convent Kota Taiping, Perak 19. Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur 20. Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru
RENUNGAN
Antara faktor yang menghalang seseorang itu berubah ialah :
1) Ego
Sifat dan sikap ini saya merasakan adalah antara faktor utama yang menghalang seseorang inidividu itu berubah. Jika tiada perasaan ini, sudah pasti mudah seseorang itu berubah. Ego bermakna sukar menerima sesuatu yang baru atau erti kata mudah difahami ialah keras kepala.
2) Tidak sepenuh hati.
Seseorang individu itu mungkin mahu berubah, tetapi keinginan tersebut tidak sepenuhnya. Sekadar berasa ingin berubah tetapi tidak membuat sebarang perubahan pada dirinya.
3) Masih bertangguh
Individu tersebut menginginkan perubahan pada dirinya tetapi masih bertangguh untuk melakukan perubahan yang diidamkan. Mengunggu satu masa tertentu untuk melakukan, tetapi malangnya apabila tiba masa yang sepatutnya berubah, individu tersebut masih belum bersedia dan menangguh lagi kepada masa yang lain. Akhirnya tiada sebarang perubahan yang beliau lakukan.
4) Menanggap perubahan itu sesuatu yang tidak penting.
Sesetengah individu beranggapan bahawa perubahan itu bukan sesuatu perkara yang patut diberi penekanan dan perhatian. Berubah ketika terdesak atau terpaksa dan sebagainya.
5) Tidak sanggup bekorban
Berbalik kepada analogi di atas, golongan pelajar ini merasa seronok dengan tidak mengulangkaji pelajaran, melepak dan mereka tidak sanggup bekorban keseronokan itu untuk Berjaya. Mereka lebih rela menyesal kemudian daripada melakukan sedikit perubahan pada diri mereka.
6) Tidak menghargai diri sendiri
Golongan yang tidak mahu berubah ini juga saya mengklafikasikan sebagai golongan yang tidak menyanyangi diri sendiri. Ini kerana, mereka sudah mengetahui akibat tindakan mereka tetapi masih belum mahu berubah. Mereka membawa diri mereka kepada keadaan yang kurang selamat, dan mungkin membahayakan. Pelajar yang malas adalah individu yang tidak menghargai diri sendiri dan masa lapangnya.
7) Perasan sempurna
Perasan sempurna bermaksud, individu yang sukar berubah merasakan diri mereka sudah cukup baik dan sempurna dan seharusnya tidak melakukan sebarang perubahan.
8) Matlamat yang tidak jelas
Sukar untuk berubah berkaitan dengan matlamat iaitu sebab mengapa seseorang itu inginkan perubahan pada dirinya. Jika matlamat itu jelas diikuti dengan jalan yang teratur, pasti seseorang individu itu boleh berubah.
9) Tiada semangat dan galakan
Seseorang yang menginkan perubahan tetapi tidak mempunyai semangat untuk melakukan perubahan tersebut juga akan mengalami masalah kesukaran untuk berubah. Galakan dari insan terdekat juga amat membantu seseorang itu untuk berubah.
10) Tiada motivasi diri
Ini bermakna seseorang yang inginkan perubahan terhadap dirinya perlulah meningkatkan motivasi diri sejajar dengan perubahan yang ingin dilakukannya.
Ini hanyalah sekadar pendapat dan penilitian saya yang fakir dalam bidang ini. Kita juga hendaklah sentiasa melihat seseorang itu sedang berusaha melakukan perubahan terhadap dirinya, sebagai salah satu cara untuk berbaik sangka terhadap seseorang.
Semoga insan yang menginginkan perubahan sentiasa bersemangat dan istiqomah dalam melakukan perubahan tersebut. Tetapi perlu diingat perubahan yang dilakukan mestilah perubahan yang mengarah kepada kebaikan bukan kepada keburukan.
Akhir kata jadikanlah hari ini lebih elok dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini. Semoga berjaya. Jom kita berubah.
GAMBAR FAVOURITE
Nikon D3000
Globe
Persaraan Hajah Fatimah bt Mior Abdul Jalil
Tanggal 14.1.2010 genaplah 56 tahun Kak Hajah Fatimah berkhidmat sebagai guru. Aku sempat berkhidmat di SK Methodist dibawah Kak Hajah selama 6 tahun. Beliau seorang PK HEM yang sangat murah hati..Jasa Mu Dikenang...
Gambar Kenangan - Hjh Fatimah
Hari Persaraan
Jamuan Raya 2009
Masjid Kristal
Masjid Kristal, Terengganu
Gambar Masjid Kristal ini diambil semasa percutian ke Terengganu pada cuti pertengahan semester persekolahan tahun 2009. Berhampirannya juga terdapat monumen masjid-masjid yang terkenal seluruh dunia. Anak-anak suka berbasikal sambil melihat monumen yang terdapat di situ. Tempatnya yang berhampiran laut membuatnya bertambah menarik. Terdapat juga 'cruise' yang boleh kita naiki. Di sebabkan masa yang terhad kami terlepas peluang ini..Harap lain masa dapat pergi ke Terengganu lagi.
Fakta
- Mata burung unta lebih besar berbanding otaknya.
- Bersih dengan mata terbuka adalah mustahil.
- Kacang tanah adalah salah satu bahan untuk membuat dinamik.
- Harimau belang bukan hanya mempunyai bulu berbelang, malah kulitnya juga sama.
Kata Hikmah
- Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertakhtakan ratna dan mutu manikam.
Falsafah
- Setiap manusia adalah organisasi yang unik dan berkebolehan menyesuaikan diri dan berkembang.
- Setiap manusia akan beruntung jika ia mendapat bantuan dalam membuat keputusan dan pilihan dalam penyesuaian diri bagi meransang cara-cara untuk hidup berjaya.
Amalan membaca surah Yasin dan bersalaman dengan guru sebelum memulakan pembelajaran antara resepi kejayaan Sekolah Kebangsaan Bandar Uda 2 ( SKBU 2 ), yang menjadi kumpulan pertama 20 Sekolah Berprestasi Tinggi ( SBT )
Petikan Berita Harian 27.1.2010
Program Tranformasi Kerajaan ( GTP )
1. Memperbaiki Sistem Pengangkutan Awam.
2. Membanteras Rasuah.
3. Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar.
4. Mempertingkatkan Infrastruktur Luar Bandar.
5. Mengurangkan Jenayah.
6. Mempertingkatkan Taraf Hidup Isi Rumah.