Inilah tasik yang mengajar saya dan hubby memancing. Disinilah kami berlatih membaling kail. Ingat lagi masa saya sekolah rendah ayahanda bawa saya memancing di Pedu Lake ini. Bila ayahanda offer pergi mancing, cepat-cepat kami cari umpan pepatung, guna minyak greese letak ujung lidi.
Masa mancing dapat ikan kaloi besar, ayahanda tolong angkatkan. best giler..naik sampan lagi..Tapi sekarang ayahanda dah tiada.Lepas pencen balik kampung..Sekarang kalau nak mancing pergi la..tenggek kat tebing tasik dengan hubby, adik dan hubby dia..susah lak nak dapat ikan.Mungkin umpan tak best.Ye la umpan pun cacing..ulat..tak mahu de..dapat ikan baung tu ade le..Raya Cina ni yahoo.. tunggu Tasik Pedu kami datang..
UPSR 2015
10 years ago



Gambar Masjid Kristal ini diambil semasa percutian ke Terengganu pada cuti pertengahan semester persekolahan tahun 2009. Berhampirannya juga terdapat monumen masjid-masjid yang terkenal seluruh dunia. Anak-anak suka berbasikal sambil melihat monumen yang terdapat di situ. Tempatnya yang berhampiran laut membuatnya bertambah menarik. Terdapat juga 'cruise' yang boleh kita naiki. Di sebabkan masa yang terhad kami terlepas peluang ini..Harap lain masa dapat pergi ke Terengganu lagi.