Gambar Sukan Negeri, Sukaneka dan Sukan Sekolah
Waktu
UMEX91-93
Sharifah's ShoutBox
Gambar Kenangan
Gambar Kenangan
Kenangan guru sesi pagi bersama mantan GB 2009
INFO DAN RENUNGAN
- Beza Margerin Dan Mentega (1)
- Good Article To Share (1)
- Pelik Ya.. (1)
- Petikan BH 25.2.2010 (1)
- Reunion UMEX91-93 Dhe Rhu (1)
- Sajikan Senyum (1)
- Sungai Dalam Laut (1)
- Tasik Pedu Lake (1)
- Tips Atasi Tekanan Jiwa (1)
My Blog List
-
UPSR 201510 years ago
-
Morse Code12 years ago
-
TRANSISI TAHUN 114 years ago
-
Iftar bersama BFF15 years ago
Blog To Search
Gambar Wedding
26 November 1993
Guest
Followers
TAEKWANDO
Gambar Kenangan Anak Dan Master Amir
Gambar Birthday Syafiq
Koleksi Nur Syareena
' Strawberry Shortcake' - Nur Syareena
Salah satu ' Barbie ' - Nur Syareena
Koleksi Teddy
Music Box Syareena
Translate
2010-04-29 - rahmansharifah - Picasa Web Albums
Thursday, April 29, 2010Posted by Sharifah Abdul Rahman at 7:01 AM
2010-04-24 - pibg - Picasa Web Albums
Saturday, April 24, 2010Posted by Sharifah Abdul Rahman at 8:17 AM
TIPS ATASI TEKANAN JIWA
1. Bersikap realistik dan positif
2. Menikmati manfaat teknik relaksasi
- Duduk tenang dalam posisi yang aman
- Pejamkan mata
- kendurkan semua otot badan
- Tarik nafas melalui hidung dan hembus ikut mulut
3. Bersenam/Olahraga
4. Diet Yang Teratur
Posted by Sharifah Abdul Rahman at 5:28 AM
Labels: Tips Atasi Tekanan Jiwa
LANGKAH PENJAGAAN DIET
- Bagi mengelak berat badan berlebihan, kurangkan pengambilan tenaga dan lemak yang banyak.
- Tingkatkan penggunaan karbohidrat kompleks dan gula semula jadi daripada 28 peratus kepada 48 peratus.
- Kurangkan pengambilan gula yang diproses daripada 45 peratus kepada 10 peratus daripada keseluruhan jumlah tenaga.
- Jumlah lemak tidak melebihi jumlah tenaga. Lemak tidak tepu lebih 10 peratus dan lemak mono tidak tepu pada kadar 10% hingga 15%.
- Kurangkan pengambilan kolesterol tidak lebih dari 30mg sehari.
Posted by Sharifah Abdul Rahman at 9:12 PM
Labels: Petikan BH 25.2.2010
Posted by Sharifah Abdul Rahman at 5:12 AM
Labels: Tasik Pedu Lake
Posted by Sharifah Abdul Rahman at 12:25 AM
Labels: Good Article To Share
SUNGAI DALAM LAUT
" Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir ( berdampingan ) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi". ( Q.S AL Furqan:53 ).Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.
Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut. Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. ."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.
Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.
Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."
Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.
Sesetengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai luar biasa bukan? lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.
Posted by Sharifah Abdul Rahman at 12:04 AM
Labels: Sungai Dalam Laut
- Pelik ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket
- Pelik ya, 30 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu untuk satu cerita komedi
- Pelik ya, betapa lamanya 1 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton wayang dipanggung.
- Pelik ya, tak sampai 30 minit dengar khutbah Jumaat, dah rasa jemu tapi tak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang 2-3 kaset berkali-kali
- Pelik ya, dengar jualan iklan murah dalam tv, rasa tak sabar-sabar nak pergi membeli-belah, tapi dengar laungan azan tak sabar-sabar nak tukar channel lain
- Pelik ya, pasar malam jauh sanggup naik kereta pergi, tapi masjid dekat rumah rasa berat kaki pula
- Pelik ya, susah sungguh merungkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan
- Pelik ya, betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu pertandingan bolasepak jadi kegemaran kita, tapi betapa bosannya bila imam solat Terawih di bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang
- Pelik ya, rasa susah sungguh untuk habiskan Al-Quran walaupun satu halaman, tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dibaca
- Pelik ya, ramai orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert, tapi berebut cari saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar
- Pelik ya, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah, tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gossip
- Pelik ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan diemail yang layang di internet, tapi sering mempertikaikan apa yang dikatakan Al-Quran
- Pelik ya, kita boleh mengirimkan ribuan jenaka dan surat berantai di email, tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah berfikir 2-3 kali
- Pelik tak kita..? Tepu dada dan tanyalah hati dan iman...RENUNGKAN LAH
Posted by Sharifah Abdul Rahman at 7:44 AM
Labels: Pelik Ya..
Senyum yang memberikan ketenangan batin dalam hati saudaramu senyum yang menguatkan persaudaraan denganmu senyum tulus yang menambah pahala sedekah di sisi Rabbmu
Senyum adalah gambaran isi hati yang menggerakkan perasaan dan memancar pada wajah seperti kilatan cahaya, seakan berbicara dan memanggil, sehingga hati yang mendengar akan terpikat
Senyuman yang dibuat-buat tidaklah sama dengan senyuman yang keluar dengan tulus ikhlas. Senyuman yang dibuat-buat tak ubahnya seperti seni dari bentuk plastik
Sedangkan senyum yang tulus adalah sebuah fitrah, ia ibarat bunga yang mekar di tangkainya, indah dipandang mata, dan harum baunya, yang menjadikan jiwa terlena dan bersimpati
Mengenai hal ini, Rasulullah telah memberikan sebuah pesan kepada kita melalui sabdanya: " kamu tidak akan dapat membahagiakan orang lain dengan hartamu, tetapi yang dapat membahagiakan mereka adalah wajah yang ceria dan akhlak mulia"
Kepada teman-teman dan sahabat handai... maka dengan itu kita menyifatkan bahawa senyum itu sedekah tetapi sedekah yang bagaimana kita sendiri pun kurang pasti, namun yang nyatanya adalah senyuman yang lahir dengan tulus ikhlas memberikan wajah yang ceria sehingga dapat membahagiakan yang lain....
Senyum...senyum dan senyumlah....
Posted by Sharifah Abdul Rahman at 12:38 AM
Labels: Sajikan Senyum
Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda (turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka.
Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan pelbagai perasa baru.
TAHUKAH ANDA ....perbezaan antara marjerin dan mentega?
Bacalah sehingga ke akhirnya.anda tentu tertarik!
Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru. Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan. Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai!
Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun. Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak
Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan .
Tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda) ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya.
Posted by Sharifah Abdul Rahman at 12:30 AM
Labels: Beza Margerin Dan Mentega
Posted by Sharifah Abdul Rahman at 6:25 AM



























Gambar Masjid Kristal ini diambil semasa percutian ke Terengganu pada cuti pertengahan semester persekolahan tahun 2009. Berhampirannya juga terdapat monumen masjid-masjid yang terkenal seluruh dunia. Anak-anak suka berbasikal sambil melihat monumen yang terdapat di situ. Tempatnya yang berhampiran laut membuatnya bertambah menarik. Terdapat juga 'cruise' yang boleh kita naiki. Di sebabkan masa yang terhad kami terlepas peluang ini..Harap lain masa dapat pergi ke Terengganu lagi.